Wednesday 7 December 2011

P Perakaunan SPM 2011

Alhamdulillah, peperiksaan P Perakaunan dah berlalu. Diharap pelajar dapat menjawab dengan baik. kelas terakhir 1 disember yg lalu mungkin bermanafaat. 19 org pelajar yg hadir berbincang tajuk penyata perkongsian dan belanjawan tunai. terima kasih

Friday 2 September 2011

Latihan:Kerja masa cuti 2011. Ting 5

     Sila jawab soalan 1 di bawah serta soalan SPM 2005 & 2008 yg telah diedarkan (Kos pengeluaran S7 dan 8) Jawab dlm buku latihan dan hantar pada 5 Sept 2011 ( Isnin).
 1 Kedai Asyraf ialah sebuah perniagaan milikan tunggal. Pada 31 Disember 2010,   baki-baki akaun perniagaannya adalah seperti berikut:
                                      Debit                      Kredit
 Stok 1 Jan 2010         16,040
 Belian dan Jualan        48,800                   84,400
 Pulangan                         280                        360
 Kenderaan                  30,000
 Angkutan masuk              200
 Angkutan keluar               420
 Diskaun                            130                    330
 Gaji                              3,300
 Penghutang                    6,860
 Sewa                             3,060
 Premis                         32,000
 Alat tulis                           370
 Pinjaman Bank (matang 31 Ogos 2011)  10,000
 Insurans                           960
 Kadar bayaran                 900
 Bank                                                           550
 Pemiutang                                                3,070
 Ambilan                            550
 Susutnilai terkumpul kenderaan                 2,000
 Modal 1 Jan 2010.                                 43,000
 Peruntukan Hutang Ragu                              160
                                    143870               143870
 Maklumat tambahan : (i) Stok pada 31 Disember 2010 ialah RM 20400 pada harga kos tetapi harga pasarannya  ialah RM 20080. (ii) Pemilik kedai telah mengambil alatulis RM60 untuk kegunaan anaknya. Perkara ini belum  direkod dalam mana-mana buku.{tips: akaun alat tulis dan ambilan) (iii) Insurans diambil untuk setahun dan akan berakhir pada 28 Februari 2011. (iv) Seorang penghutang RM360 dihapuskan sebagai hutang lapuk. (v) Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% atas penghutang bersih. (vi) Kenderaan dibeli  disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. 
 Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 
(b) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010 ( tunjukkan modal kerja ).
Jawapan (jumlah): KJ=44270 UK= 39720 UB=27605 KKK=69995 

Tuesday 30 August 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin kepada semua Pengunjung/ pembaca. Moga kita mendapat sesuatu daripada Madrasah Ramadan...menuju kepada Fitrah bersih lahir dan batin, dan Moga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan momentum ramadan bagi meningkatkan amal dan meninggalkan laranganNya...AMIN..

Thursday 18 August 2011

Nota Ringkas Pelarasan

1.      Terakru  +      Terdahulu  -
Dalam  P Pendapatan 
Belanja / Hasil asal dalam ID perlu DITAMBAH dgn belanja/hasil terakru dan DITOLAK dengan belanja/hasil terdahulu. Jika tiada yg asal wujudkan yg baru.
Dalam KKK
Manakala Belanja/Hasil terakru dan terdahulu tersebut akan direkod dalam KKK.

2.Susutnilai
Dalam  P Pendapatan 
Hasil Kira rekod dlm  PP (sebagai  Susut nilai …….)
Cara kira:             Garis lurus : Nilai kos ABS X % SN
                                Baki berkurangan ; Nilai bersih ABS X % SN  ( nilai bersih = Kos asal – SNT nya)
Dalam KKK
Direkod sebagai Susutnilai Terkumpul ( SNT) dlm KKK.
SNT=SN yg dikira (dlm PP) +SNT  yg asal dlm ID. Jika SNT asal dl ID tiada, nilainya sama spt SN dlm PP di atas.

3 Hutang Lapuk dan HL Pulih ( HLP)
HL adalah Belanja (dt)/ HLP adalah Hasil (kt)
Rekod Dalam  P Pendapatan  sahaja
HL dan HLP yg asal dim ID ditambah + HL dan HLP yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID).
Jika tiada yg asal, wujud yg baru shj. Jika tiada yg baru, yg asal shj.

4 PHR
Dalam KKK
Kira PHR ; Penghutang bersih X %PHR , direkod sebagai PHR dlm KKK
Penghutang bersih = Penghutang – HL  yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID), jika ada.
Jika tiada HL baru, maka nilai Penghutang kekal spt dlm ID ( asal).
HL asal dlm ID TAk PERLU ditolak utk dpt Penghutang bersih…
Dalam  P Pendapatan 
Direkod sebagai Hutang Ragu dlm PP.
Beza  PHR baru (hasil di atas) – PHR asal (dlm ID). Jika tiada PHR asal, nilainya sama spt dlm KKK.
JIKA BerTAMBAH ( baru lebih dari yg asal) ia adalah BELANJA.(dt)
JIKA BerKURANG ( baru KURANG dari yg asal) ia adalah HASIL (kt).

CONTOH:
dt        ID pada 31/12/10. (petikan)          kt
Kenderaan          50000
Perabot              10000
Pengutang          20420
HL                        200
Sewa                   1200
SNT Perabot       3600  
PHR                   1180
Komisen                240
Maklumat tambahan:
1)      Sewa terakru ialah 600,Faedah simpanan terakru 120 dan Komisen terdahulu 40.
2)      Seorg penghutang lagi RM420 ,dihapuskan sebagai Hutang Lapuk.
3)      PHR diselaraskan kepada 5% drp penghutang.
4)      Kenderaan di Susutnilaikan 10% kaedah garislurus dan perabot 20% kaedah baki berkurangan.
Tunjukkan catatan berkenaan di Penyata Pendapatan dan Kunci  kira-kira (petikan)

Monday 15 August 2011

JUJ Praktis Bestari (Pahang)

Kertas 2 set 1
Cadangan Pembetulan SOALAN 3, Utk Imbangkan dt dan kt/ Perlu betulkan Baki Bank 1200 kt kepada 1300 kt. Barulah imbang dan tak pening kepala...Kalau tak, sampai bila pun tak imbang...

Wednesday 3 August 2011

Tugasan Projek /Kerja kursus T4 2011

Soalan tugasan projek tingkatan 4 2011 sudah diterbitkan oleh LPM

Soalan tugasan P Perakaunan T4 2011

Panduan tugasan P Perakaunan T4 2011

Pelarasan Susutnilai

Susutnilai Terkumpul,  SNT ~ jumlah susutnilai semasa ditambah SNT yg lalu.
~direkod dlm KKK ( Akaun kontra kpd Aset Bukan Semasa yg brkenaan)
Susutnilai, SN ~ susutnilai tahun semasa , hasil kiraan =kadar SN X nilai ABS ~direkod sebagai belanja dlm P Pendapatan
Kaedah kiraan bergantung kpd a) kaedah garis lurus (kos) b) baki berkurangan  c) penilaian semula.
Catatan pelarasan:
   dt SN     ~ belanja
       kt SNT     ( amaun dt, kt mesti sama iaitu amaun hasil kiraan {SN semasa})

Thursday 7 July 2011

Pelarasan asas akruan

Hasil/Belanja Terdahulu
Hasil atau Belanja bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi wangnya telah diterima/dibayar dalam tempoh sekarang. Ini bermakna telah terlebih terima/bayar. Oleh itu utk membuat pelarasan dalam Ak U/R ( Penyata Pendapatan) perlu di TOLAK amaun terdahulu ini.

Hasil/Belanja Terakru
Hasil atau Belanja bagi tahun semasa tetapi wangnya belum diterima/dibayar dalam tahun tersebut. Ini bermakna ianya masih terhutang/ belum diterima/dibayar. Oleh itu utk pelarasan dalam ak. U/R (Penyata Pendapatan) perlu di TAMBAH amaun terakru ini.

Catatan Jurnal (Pelarasan)
Hasil Terdahulu      Dt  hasil                   Kt hasil terdahulu
Belanja Terdahulu  Dt belanja terdahulu Kt belanja
Hasil Terakru         Dt hasil terakru        Kt Hasil
Belanja Terakru     Dt belanja                Kt belanja terakru

Wednesday 1 June 2011

Isi kandungan Kerja Kursus T5

Sebelum dihantar pastikan pelajar masukkan semua maklumat yg perlu
seperti contoh Isi kandungan di bawah:
( muka hadapan ialah maklumat pelajar dan logo LPM ) 

Perkara
Muka Surat
1
Perakuan Calon
2
2
Penghargaan
3
3
Pengenalan Perniagaan
4
4
Profil Perniagaan
5
5
Catatan dalam lejar
6
6
Imbangan Duga
13
7
Senarai pelarasan pada tarikh imbangan
14
8
Catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar
15
9
Akaun Kawalan
19
10
Imbangan Duga terlaras
20
11
Penyata Pendapatan
21
12
Kunci Kira-kira
22
13
Pengiraan nisbah dan Tafsiran
23
14
Belanjawan tunai untuk empat tahun
24
15
Cadangan meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang.
25
16
Rumusan
26

Kerja kursus T5

Hasil semakan beberapa org pelajar:
1. Anera Atieqah:
    Perlu betulkan dalam ID dan Lejar pelarasan:
Komisen diterima 650,
Alat tulis 400
Lengkapan 15970: betulkan juga dlm Penyata dan KKK. (UB juga berubah).
2. Goo Cau Woon
     Pelarasan anda:Pembetulan kesilapan : belian komputer  tersalah catat sebagai upah pembantu  kedai 1040.
Jika nilai 1040 dimasukkan bermakna tiada baki upah pembantu kedai selepas pelarasan.  Sedangkan ada pembantu kedai yg TIDAK dibayar apa-apa upah.Tidak logik.
Cikgu cadangkan amaunnya RM440 iaitu beli alatan komputer tersilap catat dalam ak upah pembantu kedai.
Ak Komputer akan bertambah (dt) 440 dan ak upah pembantu kedai berkurang (kt) 440 iaitu berbaki RM600.
Perlu buat pembetulan dalam Lejar, ID, penyata dan KKK ( UB berubah).
3. Suryani
     Baki b/b dlm lejar hendaklah diatas sekali jika lebih drp 1 butiran.
Yg lain OK,  tiada masalah..
4. Gan Chee Kong   sangat baik A+
Lain-lain:
     Bagi  pengenalan: perniagaan dimulakan pada 1 Jan 2009 tetapi tempoh rekod ialah 1 -31 Jan 2011.
     Pastikan pelajar ikut pelarasan dalm Jurnal am yg telah disemak oleh cikgu dahulu. Jangan diubah semula. Pos ke Lejar dan masukkan nilai selepas pelarasan tersebut dalam ID, dan ikut nilai di ID asal bagi akaun yg tiada pelarasan.

Friday 20 May 2011

Kerja kursus: Nisbah dan belanjawan

UTK pelajar smk k krau...
NISBAH
Untuk nisbah , terdapat 4 nisbah Keberuntungan, 3 nisbah Kecairan dan 3 nisbah Kecekapan. Pelajar hanya perlu buat 1 sahaja utk setiap nisbah tersebut iaitu 1 nisbah Keberuntungan, 1 nisbah Kecairan dan 1 nisbah Kecekapan. cadangan cikgu untuk pelajar smkkkrau ialah:
1 . Peratus Untung kasar atas Kos Jualan ( N Keberuntungan)
2. Nisbah Semasa ( N Kecairan)
3.Kadar Pusing Ganti Stok (Nisbah Kecekapan)


Belanjawan Tunai
Pelajar tak perlu masukkan semua item. Pelajar bolehlah masukkan 2 item penerimaan dan 8 item pembayaran. Cadangan
Penerimaan: Jualan tunai, Penghutang
Pembayaran: Belian, Pemiutang, Komputer,Upgred komputer, Kenderaan dan ansurannya, Gaji pekerja, dan pelbagai belanja
Rujuk contoh cikgu dan buat ubah suai mengikut pelarasan anda masing2 supaya jawapan tak sama.         

Saturday 14 May 2011

Kursus Penataran P Perakaunan mei 2011

Kursus penataran dan PBS P akaun di Hotel Green Park 18 Mei
Guru-guru perlu bawa
1. Laptop mempunyai program Access 2003
2. Logo sekolah (softcopy)
3. Sila download program Motawa Markah kerja kursus LPM; sila klik: Markah KKursus (E-PPK3 VER2011.zip)
4  Sediakan maklumat pelajar dlm bentuk softcopy dlm excell  spt contoh dibawah:

KAD Pengenalan
NAMA
ANGKA Giliran
SESI
kod_sek
Kelas T4
GURU Pentaksir T4
Kelas T5
GURU Pentaksir T5
940418066xx3
Ali b abu
CD009
10/11
CEA7064
4AK
Abu Faiz
5BK
Mohd Zin
940606555X
Nabil b
Cd009
10/11
CEA7064
4SN
Abu Faiz
5SN
Mohd Zin


5 Sediakan markah pelajar Ting 4 (2010) mengikut Elemen ( hardcopy shj) Utk masukkan markah dalam access nanti spt contoh:


Elemen pentaksiran / Markah
Nama
1.1
1.2
2.1
2.2
5.4
1. Ali b Abu
4
4
3
4
2
2.Ahmad b Bakar
3
4
4
2
3
Markah ialah 0 hingga 4  Terdapat 17 Elemen iaitu 1.1 hingga 5.4.

SELAMAT HARI GURU

Wednesday 4 May 2011

Pelarasan Kerja Kursus ting 5

Beberapa org pelajar yg hantar hampir 90% betul. Setelah dibuat pembetulan, bolehlah buat 
1.   Jurnal Am bagi setiap pelarasan tersebut. Catatan dt dan kt mesti seimbang (sama).
2.  Lepas tu buat Lejar bagi jurnal tadi. Pastikan Lejar mesti mula dengan baki awal (b/b) yg diambil drp baki lejar terdahulu (sebelum pelarasan) barulah masukkan amaun drp jurnal pelaran tadi. Imbangkan dan tutup akaun (baki h/b dan b/b).
3. Sediakan Akaun Kawalan Penghutang & Pemiutang.
4. Kemudian  pindahkan baki lejar tersebut ke I.Duga. Pastikan anda pindahkan juga baki-baki lejar yg tiada pelarasan.Semak & pastikan imbang.
5. Lepas tu buatlah Penyata Pendapatan dan Kunci kira-kira. Sampai di sini sebenarnya dah 90% siap.
(Tinggal hanya pengiraan nisbah dan buat Belanjawan Tunai. Kita akan bincang kemudian).
Teruskan berusaha.... utk ilmu.....Jangan cepat berputus asa...
Tiada yg berNILAI diperolehi dengan MUDAH, tanpa usaha dan pengorbanan.....(masa, tenaga dsb)

Monday 2 May 2011

Tuesday 19 April 2011

Latihan ID ting 4

Utk semua pelajar kelas 4 Akaun

Soalan 2 ( sila buat dalam bentuk T)
                Pada 30 April  2010 baki-baki akaun    Kuala Mai Trading adalah seperti berikut;          
Modal 1 Mei 2009 43000 Tunai 300   Stok Awal 5440 Bank 2500   Stok Akhir 4999 Pemiutang 3390   Belian  22840 Faedah Pinjaman 250   Jualan 32000 Penghutang  5850   Pulangan masuk 400 Ambilan 1030   Pulangan keluar 1300 Simpanan Tetap 5000   Lekapan & Lengkapan 8050 Pelaburan 6000   Angkutan masuk 220 Sewa diterima 360   Angkutan keluar 420   Duti import 100   Diskaun diberi 120   Diskaun diterima 370   Gaji 2870   Komisen diterima 580   Premis 38000   Alat tulis 270   Pinjaman Bank 20000   Insurans 880   Kadar bayaran 460      
 Anda dikehendaki menyediakan Imbangan Duga    Kuala Mai Trading pada 30 April 2010.   (101000)    

Soalan 3 ( buat dalam bentuk penyata)

Berikut adalah maklumat yang diberi oleh Kedai  Abrar pada 31 Mac 2011.

Modal
40100
Stok awal
Stok akhir
12200
15020
Jualan
35000
Belian
26000
Pulangan keluar
280
Pulangan masuk
220
Diskaun diterima
300
Komisen dibayar
175
Angkutan keluar
170
Faedah pinjaman
145
Angkutan masuk
160
Simpanan Tetap
10000
Pinjaman Bank
25000
Penghutang
7200
Pemiutang
4840
Promosi
250
Overdraf Bank
1750
Pelaburan
50000
Duti belian
750


















  
            Anda dikehendaki menyediakan imbangan duga kedai Abrar pada tarikh tersebut.(107270)
Tip: Pastikan apakah pulangan masuk dan keluar, Angkutan masuk dan keluar ?
Pastikan anda faham , jangan meniru ?