Friday 20 May 2011

Kerja kursus: Nisbah dan belanjawan

UTK pelajar smk k krau...
NISBAH
Untuk nisbah , terdapat 4 nisbah Keberuntungan, 3 nisbah Kecairan dan 3 nisbah Kecekapan. Pelajar hanya perlu buat 1 sahaja utk setiap nisbah tersebut iaitu 1 nisbah Keberuntungan, 1 nisbah Kecairan dan 1 nisbah Kecekapan. cadangan cikgu untuk pelajar smkkkrau ialah:
1 . Peratus Untung kasar atas Kos Jualan ( N Keberuntungan)
2. Nisbah Semasa ( N Kecairan)
3.Kadar Pusing Ganti Stok (Nisbah Kecekapan)


Belanjawan Tunai
Pelajar tak perlu masukkan semua item. Pelajar bolehlah masukkan 2 item penerimaan dan 8 item pembayaran. Cadangan
Penerimaan: Jualan tunai, Penghutang
Pembayaran: Belian, Pemiutang, Komputer,Upgred komputer, Kenderaan dan ansurannya, Gaji pekerja, dan pelbagai belanja
Rujuk contoh cikgu dan buat ubah suai mengikut pelarasan anda masing2 supaya jawapan tak sama.         

Saturday 14 May 2011

Kursus Penataran P Perakaunan mei 2011

Kursus penataran dan PBS P akaun di Hotel Green Park 18 Mei
Guru-guru perlu bawa
1. Laptop mempunyai program Access 2003
2. Logo sekolah (softcopy)
3. Sila download program Motawa Markah kerja kursus LPM; sila klik: Markah KKursus (E-PPK3 VER2011.zip)
4  Sediakan maklumat pelajar dlm bentuk softcopy dlm excell  spt contoh dibawah:

KAD Pengenalan
NAMA
ANGKA Giliran
SESI
kod_sek
Kelas T4
GURU Pentaksir T4
Kelas T5
GURU Pentaksir T5
940418066xx3
Ali b abu
CD009
10/11
CEA7064
4AK
Abu Faiz
5BK
Mohd Zin
940606555X
Nabil b
Cd009
10/11
CEA7064
4SN
Abu Faiz
5SN
Mohd Zin


5 Sediakan markah pelajar Ting 4 (2010) mengikut Elemen ( hardcopy shj) Utk masukkan markah dalam access nanti spt contoh:


Elemen pentaksiran / Markah
Nama
1.1
1.2
2.1
2.2
5.4
1. Ali b Abu
4
4
3
4
2
2.Ahmad b Bakar
3
4
4
2
3
Markah ialah 0 hingga 4  Terdapat 17 Elemen iaitu 1.1 hingga 5.4.

SELAMAT HARI GURU

Wednesday 4 May 2011

Pelarasan Kerja Kursus ting 5

Beberapa org pelajar yg hantar hampir 90% betul. Setelah dibuat pembetulan, bolehlah buat 
1.   Jurnal Am bagi setiap pelarasan tersebut. Catatan dt dan kt mesti seimbang (sama).
2.  Lepas tu buat Lejar bagi jurnal tadi. Pastikan Lejar mesti mula dengan baki awal (b/b) yg diambil drp baki lejar terdahulu (sebelum pelarasan) barulah masukkan amaun drp jurnal pelaran tadi. Imbangkan dan tutup akaun (baki h/b dan b/b).
3. Sediakan Akaun Kawalan Penghutang & Pemiutang.
4. Kemudian  pindahkan baki lejar tersebut ke I.Duga. Pastikan anda pindahkan juga baki-baki lejar yg tiada pelarasan.Semak & pastikan imbang.
5. Lepas tu buatlah Penyata Pendapatan dan Kunci kira-kira. Sampai di sini sebenarnya dah 90% siap.
(Tinggal hanya pengiraan nisbah dan buat Belanjawan Tunai. Kita akan bincang kemudian).
Teruskan berusaha.... utk ilmu.....Jangan cepat berputus asa...
Tiada yg berNILAI diperolehi dengan MUDAH, tanpa usaha dan pengorbanan.....(masa, tenaga dsb)

Monday 2 May 2011