Sila jawab soalan 1 di bawah serta soalan SPM 2005 & 2008 yg telah diedarkan (Kos pengeluaran S7 dan 8) Jawab dlm buku latihan dan hantar pada 5 Sept 2011 ( Isnin).
1 Kedai Asyraf ialah sebuah perniagaan milikan tunggal. Pada 31 Disember 2010, baki-baki akaun perniagaannya adalah seperti berikut:
Debit Kredit
Stok 1 Jan 2010 16,040
Belian dan Jualan 48,800 84,400
Pulangan 280 360
Kenderaan 30,000
Angkutan masuk 200
Angkutan keluar 420
Diskaun 130 330
Gaji 3,300
Penghutang 6,860
Sewa 3,060
Premis 32,000
Alat tulis 370
Pinjaman Bank (matang 31 Ogos 2011) 10,000
Insurans 960
Kadar bayaran 900
Bank 550
Pemiutang 3,070
Ambilan 550
Susutnilai terkumpul kenderaan 2,000
Modal 1 Jan 2010. 43,000
Peruntukan Hutang Ragu 160
143870 143870
Maklumat tambahan : (i) Stok pada 31 Disember 2010 ialah RM 20400 pada harga kos tetapi harga pasarannya ialah RM 20080. (ii) Pemilik kedai telah mengambil alatulis RM60 untuk kegunaan anaknya. Perkara ini belum direkod dalam mana-mana buku.{tips: akaun alat tulis dan ambilan) (iii) Insurans diambil untuk setahun dan akan berakhir pada 28 Februari 2011. (iv) Seorang penghutang RM360 dihapuskan sebagai hutang lapuk. (v) Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% atas penghutang bersih. (vi) Kenderaan dibeli disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
(b) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010 ( tunjukkan modal kerja ).
Jawapan (jumlah): KJ=44270 UK= 39720 UB=27605 KKK=69995