Thursday, 18 August 2011

Nota Ringkas Pelarasan

1.      Terakru  +      Terdahulu  -
Dalam  P Pendapatan 
Belanja / Hasil asal dalam ID perlu DITAMBAH dgn belanja/hasil terakru dan DITOLAK dengan belanja/hasil terdahulu. Jika tiada yg asal wujudkan yg baru.
Dalam KKK
Manakala Belanja/Hasil terakru dan terdahulu tersebut akan direkod dalam KKK.

2.Susutnilai
Dalam  P Pendapatan 
Hasil Kira rekod dlm  PP (sebagai  Susut nilai …….)
Cara kira:             Garis lurus : Nilai kos ABS X % SN
                                Baki berkurangan ; Nilai bersih ABS X % SN  ( nilai bersih = Kos asal – SNT nya)
Dalam KKK
Direkod sebagai Susutnilai Terkumpul ( SNT) dlm KKK.
SNT=SN yg dikira (dlm PP) +SNT  yg asal dlm ID. Jika SNT asal dl ID tiada, nilainya sama spt SN dlm PP di atas.

3 Hutang Lapuk dan HL Pulih ( HLP)
HL adalah Belanja (dt)/ HLP adalah Hasil (kt)
Rekod Dalam  P Pendapatan  sahaja
HL dan HLP yg asal dim ID ditambah + HL dan HLP yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID).
Jika tiada yg asal, wujud yg baru shj. Jika tiada yg baru, yg asal shj.

4 PHR
Dalam KKK
Kira PHR ; Penghutang bersih X %PHR , direkod sebagai PHR dlm KKK
Penghutang bersih = Penghutang – HL  yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID), jika ada.
Jika tiada HL baru, maka nilai Penghutang kekal spt dlm ID ( asal).
HL asal dlm ID TAk PERLU ditolak utk dpt Penghutang bersih…
Dalam  P Pendapatan 
Direkod sebagai Hutang Ragu dlm PP.
Beza  PHR baru (hasil di atas) – PHR asal (dlm ID). Jika tiada PHR asal, nilainya sama spt dlm KKK.
JIKA BerTAMBAH ( baru lebih dari yg asal) ia adalah BELANJA.(dt)
JIKA BerKURANG ( baru KURANG dari yg asal) ia adalah HASIL (kt).

CONTOH:
dt        ID pada 31/12/10. (petikan)          kt
Kenderaan          50000
Perabot              10000
Pengutang          20420
HL                        200
Sewa                   1200
SNT Perabot       3600  
PHR                   1180
Komisen                240
Maklumat tambahan:
1)      Sewa terakru ialah 600,Faedah simpanan terakru 120 dan Komisen terdahulu 40.
2)      Seorg penghutang lagi RM420 ,dihapuskan sebagai Hutang Lapuk.
3)      PHR diselaraskan kepada 5% drp penghutang.
4)      Kenderaan di Susutnilaikan 10% kaedah garislurus dan perabot 20% kaedah baki berkurangan.
Tunjukkan catatan berkenaan di Penyata Pendapatan dan Kunci  kira-kira (petikan)

Monday, 15 August 2011

JUJ Praktis Bestari (Pahang)

Kertas 2 set 1
Cadangan Pembetulan SOALAN 3, Utk Imbangkan dt dan kt/ Perlu betulkan Baki Bank 1200 kt kepada 1300 kt. Barulah imbang dan tak pening kepala...Kalau tak, sampai bila pun tak imbang...

Wednesday, 3 August 2011

Tugasan Projek /Kerja kursus T4 2011

Soalan tugasan projek tingkatan 4 2011 sudah diterbitkan oleh LPM

Soalan tugasan P Perakaunan T4 2011

Panduan tugasan P Perakaunan T4 2011

Pelarasan Susutnilai

Susutnilai Terkumpul,  SNT ~ jumlah susutnilai semasa ditambah SNT yg lalu.
~direkod dlm KKK ( Akaun kontra kpd Aset Bukan Semasa yg brkenaan)
Susutnilai, SN ~ susutnilai tahun semasa , hasil kiraan =kadar SN X nilai ABS ~direkod sebagai belanja dlm P Pendapatan
Kaedah kiraan bergantung kpd a) kaedah garis lurus (kos) b) baki berkurangan  c) penilaian semula.
Catatan pelarasan:
   dt SN     ~ belanja
       kt SNT     ( amaun dt, kt mesti sama iaitu amaun hasil kiraan {SN semasa})

Thursday, 7 July 2011

Pelarasan asas akruan

Hasil/Belanja Terdahulu
Hasil atau Belanja bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi wangnya telah diterima/dibayar dalam tempoh sekarang. Ini bermakna telah terlebih terima/bayar. Oleh itu utk membuat pelarasan dalam Ak U/R ( Penyata Pendapatan) perlu di TOLAK amaun terdahulu ini.

Hasil/Belanja Terakru
Hasil atau Belanja bagi tahun semasa tetapi wangnya belum diterima/dibayar dalam tahun tersebut. Ini bermakna ianya masih terhutang/ belum diterima/dibayar. Oleh itu utk pelarasan dalam ak. U/R (Penyata Pendapatan) perlu di TAMBAH amaun terakru ini.

Catatan Jurnal (Pelarasan)
Hasil Terdahulu      Dt  hasil                   Kt hasil terdahulu
Belanja Terdahulu  Dt belanja terdahulu Kt belanja
Hasil Terakru         Dt hasil terakru        Kt Hasil
Belanja Terakru     Dt belanja                Kt belanja terakru

Wednesday, 1 June 2011

Isi kandungan Kerja Kursus T5

Sebelum dihantar pastikan pelajar masukkan semua maklumat yg perlu
seperti contoh Isi kandungan di bawah:
( muka hadapan ialah maklumat pelajar dan logo LPM ) 

Perkara
Muka Surat
1
Perakuan Calon
2
2
Penghargaan
3
3
Pengenalan Perniagaan
4
4
Profil Perniagaan
5
5
Catatan dalam lejar
6
6
Imbangan Duga
13
7
Senarai pelarasan pada tarikh imbangan
14
8
Catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar
15
9
Akaun Kawalan
19
10
Imbangan Duga terlaras
20
11
Penyata Pendapatan
21
12
Kunci Kira-kira
22
13
Pengiraan nisbah dan Tafsiran
23
14
Belanjawan tunai untuk empat tahun
24
15
Cadangan meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang.
25
16
Rumusan
26

Kerja kursus T5

Hasil semakan beberapa org pelajar:
1. Anera Atieqah:
    Perlu betulkan dalam ID dan Lejar pelarasan:
Komisen diterima 650,
Alat tulis 400
Lengkapan 15970: betulkan juga dlm Penyata dan KKK. (UB juga berubah).
2. Goo Cau Woon
     Pelarasan anda:Pembetulan kesilapan : belian komputer  tersalah catat sebagai upah pembantu  kedai 1040.
Jika nilai 1040 dimasukkan bermakna tiada baki upah pembantu kedai selepas pelarasan.  Sedangkan ada pembantu kedai yg TIDAK dibayar apa-apa upah.Tidak logik.
Cikgu cadangkan amaunnya RM440 iaitu beli alatan komputer tersilap catat dalam ak upah pembantu kedai.
Ak Komputer akan bertambah (dt) 440 dan ak upah pembantu kedai berkurang (kt) 440 iaitu berbaki RM600.
Perlu buat pembetulan dalam Lejar, ID, penyata dan KKK ( UB berubah).
3. Suryani
     Baki b/b dlm lejar hendaklah diatas sekali jika lebih drp 1 butiran.
Yg lain OK,  tiada masalah..
4. Gan Chee Kong   sangat baik A+
Lain-lain:
     Bagi  pengenalan: perniagaan dimulakan pada 1 Jan 2009 tetapi tempoh rekod ialah 1 -31 Jan 2011.
     Pastikan pelajar ikut pelarasan dalm Jurnal am yg telah disemak oleh cikgu dahulu. Jangan diubah semula. Pos ke Lejar dan masukkan nilai selepas pelarasan tersebut dalam ID, dan ikut nilai di ID asal bagi akaun yg tiada pelarasan.